السلام عليكم

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban
Selamat Datang Ke Halaman Sekolah Menengah Agama Tarbiah Diniyah

SEJARAH RINGKAS ASAL USUL SMART

Sekolah Menengah Agama Tarbiah Diniyah adalah sebuah sekolah agama rakyat yang mendapat bantuan kerajaan. Sekolah ini terletak di lokasi seluas 6673 kaki persegi dan terletak di Jalan Pegawai dalam daerah Kulim. Kelas pendidikan ini ditubuhkan pada tahun 1946. Setelah sekian lama kelas ini berjalan, AJK masjid telah bersepakat untuk mewujudkan sebuah sekolah tetap yang beroperasi secara lebih sistematik. Atas persetujuan sebulat suara AJK Masjid serta desakan dan dorongan masyarakat setempat ketika itu, sekolah itu dikenali Sekolah Tarbiah Diniyah pada tahun 1962, Sekolah Tarbiah Diniyah telah memulakan operasi secara teratur mengikut system persekolahan sebenar. Namun begitu, pada awal penubuhan bagunan sekolah masih belum dibuka maka pembelajarannya masih diteruskan di Balai Lintang Masjid. Berkat usaha AJK sekolah dengan membuat rayuan kepada Pegawai Daerah, sebuah bagunan telah dibina di atas tapak seluas 66731 kaki persegi pada tahun 1968 di bawah Rancangan Pembagunan Luar Bandar. Bagunan yang terletak di Jalan Pegawai, di pinggir Kulim itu didaftarkan juga pada tahun yang sama mengikut undang-undang Negeri Kedah di bawah Jabatan Agama Negeri Kedah Darulaman. Pentadbiran pertama yang menguruskan sekolah ini ialah Almarhum Tuan Haji Salleh Bin Haji Othman dengan bantuan penolongnya Tuan Haji Mohd Noor Bin Haji Ahmad. Seterusnya tampuk pentadbiran kedua iaitu Almarhum Tuan Haji Ahmad Bin Haji Said. Pada awal pembukaan sekolah ini, tiga kelas dibuka dengan seramai 6 orang tenaga pengajar. Bagunan pertama yang dibina ialah beratapkan zink dan berdindingkan kayu yang diperolehi melalui sumber derma dari orang ramai dan wakaf dari pihak tertentu. Kemudiaanya, pentadbiran sekolah ditakbir oleh Tuan Haji Harun Bin Haji Rejab. Beliau telah banyak membuat perubahan pada pentadbiran sekolah supaya lebih sistematik. Kini, 62 tahun telah berlalu, sekolah Menengah Agama Tarbiah Diniyah telah membuka tirai baru mencipta pelbagai rentetan sejarah sejak penubuhannya. Sekolah yang mempunyai Bahasa Arab dan Akademik ini semakin meningkat prestasi pelajarannya dari tahun ke tahun. Empat sijil peperiksaan wajib yang di ambil oleh pelajar ialah Pereriksaan Menengah Rendah (PMR) untuk pelajar tingkatan tiga, Sijil Menengah agama Rendah (SMRA) ketika menduduki tingkatan empat, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi pelajar tingkatan lima dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Agama (STA) untuk tingkatan enam. Selain itu, jumlah pelajar juga meningkat dari tahun ke tahun menyebabkan pihak pentadbiran sekolah kini dipegang oleh Ustaz Shaleh Bin Abd. Rahman mengambil inisiatif dengan melengkapkan keperluan asas bilik darjah mencukupi termasuk bangunan surau, asrama lelaki dan perempuan, bangunan perpustakaan, bilik komputer, bilik sumber, bilik aktiviti kokurikulum dan lain-lain lagi mengikut keperluan semasa dari segi perkembangan akademik. Semoga Sekolah Menengah Agama Tarbiah Diniyah, Kulim mampu mengorak langkah mencapai kecermerlangan yang lebih berprestij pada suatu hari nanti demi melahirkan generasi ilmuwan Islam yang beriman. Ia akan jadi gedung ilmu ternama. Ia pasti jadi kerana telah ditakdirkan. Sekian Terima Kasih.

Ucapan Pengetua : Ustaz Shaleh Bin Abdul Rahman

بسم الله الرحمان الرحيم الحمد لله الذي خلق الأنسان وعلمه البيان, ونزل القرءان بلسان عربي مبين,والصلاة وسلام على معلم البشرية وخاتم المرسلين,وبعد, Bersyukur kepada Allah swt kerana dengan limpah kurnianya sekolah menengah agama rakyat iaitu Sekolah Menengah Agama Tarbiah Diniyah, Kulim (SMART) dapat dibangunkan dan bertahan hampir 50 tahun hasil usaha penduduk tempatan dan pihak pentadbiran sekolah.SMART merupakan sekolah menengah agama rakyat “Tunggal” yang terletak di kawasan Bandar. Kini, sekolah ini berkembang mengikut kesesuaian peredaran masa, memenuhi keperluan pendidikan dan kemudahan prasarana pendidikan yang tidak kurang hebatnya seperti sekolah-sekolah bantuan kerajaan lain. Untuk kemudahan pelajar, sekolah ini menyediakan kelengkapan seperti surau, perpustakaan, makmal komputer, bengkel pertukangan dan bilik-bilik khas untuk aktiviti kokurikulum pelajar. SMART diselenggarakan di bawah pemantauan Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dan mendapat bekalan buku teks percuma daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sekolah ini juga mempunyai tenaga pengajar terlatih di bawah bimbingan JAIK. Sepanjang penubuhan SMART telah melahirkan ramai cendiakawan dalam bidang akademik dan arab, lulusan universiti di dalam dan luar negara seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Al-azhar, Mesir dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan. Di samping itu, SMART juga melahirkan pelajar yang mempunyai pencapaian aktif dalam bidang sukan. Bersesuaian dengan keperluan semasa, SMART menawarkan peperiksaan awam seperti: i- Penilaian Menengah Rendah (PMR) ii- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iii- Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Sebagai membantu pelajar melanjutkan pelajaran dalam bidang arabiah, peperiksaan berikut diseliakan oleh JAIK seperti: i- Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA) ii- Sijil Tinggi Agama (STA) Ini bertujuan untuk menberikan banyak pilihan dan peluang kepada pelajar bagi menyambung pelajaran dalam bidang tertentu. Ini juga merupakan satu kelebihan yang boleh diperolehi di SMART. Justeru itu, SMART boleh di lihat sebagai satu medan pendidikan yang sesuai baga ibu bapa mendapatkan pendidikan akademik dan arabiah untuk anak-anak mereka. Hasilnya lahirlah insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani serta berjaya di dunia dan akhirat. Sekian, Wassalam.

LAGU RASMI SEKOLAH

Mardasah Tarbiah Diniyah Lahirmu Membawa Faedah Munculmu Membawa Sinar Pengetahuan Sentiasa Hidup Yang Diredai Tuhan Kau Pendidik, Kau Pengasuh Menjadi Kami Berjiwa Teguh Putera, Puteri Tarbiah Bangunlah Kamu Marilah Berjuang Membela Nasibmu Marilah Kita Berganding Bahu Mencapai Tujuan yang Satu Majulah Maju Kita Bergerak Agar Tarbiyah Sentiasa Tegak. Ciptaan: Tenaga Pengajar Tahun 70an.
Powered By Blogger

Search This Blog

Thursday, December 31, 2009

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2007

BIL

MATA PELAJARAN

PERATUS (%)

1

Bahasa Melayu

98.2

2

Bahasa Inggeris

74.1

3

Pendidikan Islam

100

4

Sejarah

87.9

5

Matematik Moden

55.1

6

Sains

98.2

7

Bahasa Arab

43.8

8

Matematik Tambahan

5.8

9

Prinsip Akaun

46.5

10

Ekonomi Asas

51.7

11

Tasawwur

100

12

Al-Quran & Sunnah

72.4

13

Pendidikan Syariah

77.5

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN STAM 2007

BIL

MATA PELAJARAN

PERATUS (%)

1

Hafaz Al-Quran

65.38

2

Fiqh

57.69

3

Tauhid & Mantik

50.00

4

Tafsir & Ulum

46.15

5

Hadith & Mustolah

64.00

6

Nahu Dan Sorof

65.38

7

Insyak Mutalaah

73.08

8

Adab Nusus

68.00

9

Arudh

50.00

10

Balaghah

62.50

No comments:

Post a Comment