السلام عليكم

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban
Selamat Datang Ke Halaman Sekolah Menengah Agama Tarbiah Diniyah

SEJARAH RINGKAS ASAL USUL SMART

Sekolah Menengah Agama Tarbiah Diniyah adalah sebuah sekolah agama rakyat yang mendapat bantuan kerajaan. Sekolah ini terletak di lokasi seluas 6673 kaki persegi dan terletak di Jalan Pegawai dalam daerah Kulim. Kelas pendidikan ini ditubuhkan pada tahun 1946. Setelah sekian lama kelas ini berjalan, AJK masjid telah bersepakat untuk mewujudkan sebuah sekolah tetap yang beroperasi secara lebih sistematik. Atas persetujuan sebulat suara AJK Masjid serta desakan dan dorongan masyarakat setempat ketika itu, sekolah itu dikenali Sekolah Tarbiah Diniyah pada tahun 1962, Sekolah Tarbiah Diniyah telah memulakan operasi secara teratur mengikut system persekolahan sebenar. Namun begitu, pada awal penubuhan bagunan sekolah masih belum dibuka maka pembelajarannya masih diteruskan di Balai Lintang Masjid. Berkat usaha AJK sekolah dengan membuat rayuan kepada Pegawai Daerah, sebuah bagunan telah dibina di atas tapak seluas 66731 kaki persegi pada tahun 1968 di bawah Rancangan Pembagunan Luar Bandar. Bagunan yang terletak di Jalan Pegawai, di pinggir Kulim itu didaftarkan juga pada tahun yang sama mengikut undang-undang Negeri Kedah di bawah Jabatan Agama Negeri Kedah Darulaman. Pentadbiran pertama yang menguruskan sekolah ini ialah Almarhum Tuan Haji Salleh Bin Haji Othman dengan bantuan penolongnya Tuan Haji Mohd Noor Bin Haji Ahmad. Seterusnya tampuk pentadbiran kedua iaitu Almarhum Tuan Haji Ahmad Bin Haji Said. Pada awal pembukaan sekolah ini, tiga kelas dibuka dengan seramai 6 orang tenaga pengajar. Bagunan pertama yang dibina ialah beratapkan zink dan berdindingkan kayu yang diperolehi melalui sumber derma dari orang ramai dan wakaf dari pihak tertentu. Kemudiaanya, pentadbiran sekolah ditakbir oleh Tuan Haji Harun Bin Haji Rejab. Beliau telah banyak membuat perubahan pada pentadbiran sekolah supaya lebih sistematik. Kini, 62 tahun telah berlalu, sekolah Menengah Agama Tarbiah Diniyah telah membuka tirai baru mencipta pelbagai rentetan sejarah sejak penubuhannya. Sekolah yang mempunyai Bahasa Arab dan Akademik ini semakin meningkat prestasi pelajarannya dari tahun ke tahun. Empat sijil peperiksaan wajib yang di ambil oleh pelajar ialah Pereriksaan Menengah Rendah (PMR) untuk pelajar tingkatan tiga, Sijil Menengah agama Rendah (SMRA) ketika menduduki tingkatan empat, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi pelajar tingkatan lima dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Agama (STA) untuk tingkatan enam. Selain itu, jumlah pelajar juga meningkat dari tahun ke tahun menyebabkan pihak pentadbiran sekolah kini dipegang oleh Ustaz Shaleh Bin Abd. Rahman mengambil inisiatif dengan melengkapkan keperluan asas bilik darjah mencukupi termasuk bangunan surau, asrama lelaki dan perempuan, bangunan perpustakaan, bilik komputer, bilik sumber, bilik aktiviti kokurikulum dan lain-lain lagi mengikut keperluan semasa dari segi perkembangan akademik. Semoga Sekolah Menengah Agama Tarbiah Diniyah, Kulim mampu mengorak langkah mencapai kecermerlangan yang lebih berprestij pada suatu hari nanti demi melahirkan generasi ilmuwan Islam yang beriman. Ia akan jadi gedung ilmu ternama. Ia pasti jadi kerana telah ditakdirkan. Sekian Terima Kasih.

Ucapan Pengetua : Ustaz Shaleh Bin Abdul Rahman

بسم الله الرحمان الرحيم الحمد لله الذي خلق الأنسان وعلمه البيان, ونزل القرءان بلسان عربي مبين,والصلاة وسلام على معلم البشرية وخاتم المرسلين,وبعد, Bersyukur kepada Allah swt kerana dengan limpah kurnianya sekolah menengah agama rakyat iaitu Sekolah Menengah Agama Tarbiah Diniyah, Kulim (SMART) dapat dibangunkan dan bertahan hampir 50 tahun hasil usaha penduduk tempatan dan pihak pentadbiran sekolah.SMART merupakan sekolah menengah agama rakyat “Tunggal” yang terletak di kawasan Bandar. Kini, sekolah ini berkembang mengikut kesesuaian peredaran masa, memenuhi keperluan pendidikan dan kemudahan prasarana pendidikan yang tidak kurang hebatnya seperti sekolah-sekolah bantuan kerajaan lain. Untuk kemudahan pelajar, sekolah ini menyediakan kelengkapan seperti surau, perpustakaan, makmal komputer, bengkel pertukangan dan bilik-bilik khas untuk aktiviti kokurikulum pelajar. SMART diselenggarakan di bawah pemantauan Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dan mendapat bekalan buku teks percuma daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sekolah ini juga mempunyai tenaga pengajar terlatih di bawah bimbingan JAIK. Sepanjang penubuhan SMART telah melahirkan ramai cendiakawan dalam bidang akademik dan arab, lulusan universiti di dalam dan luar negara seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Al-azhar, Mesir dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan. Di samping itu, SMART juga melahirkan pelajar yang mempunyai pencapaian aktif dalam bidang sukan. Bersesuaian dengan keperluan semasa, SMART menawarkan peperiksaan awam seperti: i- Penilaian Menengah Rendah (PMR) ii- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iii- Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Sebagai membantu pelajar melanjutkan pelajaran dalam bidang arabiah, peperiksaan berikut diseliakan oleh JAIK seperti: i- Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA) ii- Sijil Tinggi Agama (STA) Ini bertujuan untuk menberikan banyak pilihan dan peluang kepada pelajar bagi menyambung pelajaran dalam bidang tertentu. Ini juga merupakan satu kelebihan yang boleh diperolehi di SMART. Justeru itu, SMART boleh di lihat sebagai satu medan pendidikan yang sesuai baga ibu bapa mendapatkan pendidikan akademik dan arabiah untuk anak-anak mereka. Hasilnya lahirlah insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani serta berjaya di dunia dan akhirat. Sekian, Wassalam.

LAGU RASMI SEKOLAH

Mardasah Tarbiah Diniyah Lahirmu Membawa Faedah Munculmu Membawa Sinar Pengetahuan Sentiasa Hidup Yang Diredai Tuhan Kau Pendidik, Kau Pengasuh Menjadi Kami Berjiwa Teguh Putera, Puteri Tarbiah Bangunlah Kamu Marilah Berjuang Membela Nasibmu Marilah Kita Berganding Bahu Mencapai Tujuan yang Satu Majulah Maju Kita Bergerak Agar Tarbiyah Sentiasa Tegak. Ciptaan: Tenaga Pengajar Tahun 70an.
Powered By Blogger

Search This Blog

Thursday, December 31, 2009

SESI PENGAMBILAN PELAJAR

PENGAMBILAN PELAJAR TINGKATAN SATU 2009

SISTEM PEMBELAJARAN:

Tingkatan Satu – Tingkatan Enam Bawah Mengikut Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dan sukatan Universiti Al-azhar (Mesir).

PEPERIKSAAN AWAM:

Tingkatan 3- Penilaian Menengah Rendah (PMR)

Tingkatan 4- Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA)

Tingkatan 5- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Tingkatan 6- Sijil Tinggi Agama (STA) & Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

AKTIVITI KOKURIKULUM:

Kadet Pertahanan Awam, Puteri Islam, PBSM, Silat Gayung, Sukan SMAK dan lain-lain.

KEMUDAHAN ASRAMA DISEDIAKAN

KELAYAKAN:

Pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan @ Sekolah Rendah Islam (2008) Adalah Layak Memohon.

Tarikh Tutup: 1 Januari 2009.

“Ke Arah Insan Berpendidikan Islam”

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2007

BIL

MATA PELAJARAN

PERATUS (%)

1

Bahasa Melayu

98.2

2

Bahasa Inggeris

74.1

3

Pendidikan Islam

100

4

Sejarah

87.9

5

Matematik Moden

55.1

6

Sains

98.2

7

Bahasa Arab

43.8

8

Matematik Tambahan

5.8

9

Prinsip Akaun

46.5

10

Ekonomi Asas

51.7

11

Tasawwur

100

12

Al-Quran & Sunnah

72.4

13

Pendidikan Syariah

77.5

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN STAM 2007

BIL

MATA PELAJARAN

PERATUS (%)

1

Hafaz Al-Quran

65.38

2

Fiqh

57.69

3

Tauhid & Mantik

50.00

4

Tafsir & Ulum

46.15

5

Hadith & Mustolah

64.00

6

Nahu Dan Sorof

65.38

7

Insyak Mutalaah

73.08

8

Adab Nusus

68.00

9

Arudh

50.00

10

Balaghah

62.50

KADAR YURAN

F:\2008_02_23\IMG.jpgSEKOLAH MENENGAH AGAMA TARBIAH DINIYAH, KULIM, KEDAH.

YURAN KEMASUKAN TINGKATAN SATU 2008

(A) YURAN SEKOLAH

1- Pendaftaran masuk RM 70.00

2- Derma Pembangunan & Penyelanggaran (Sekolah) RM 60.00

3- Yuran Bulanan Sekolah (RM 20.00 x 12 bulan) RM 240.00

4- Yuran Kesihatan dan Keceriaan (setahun) RM 25.00

5- Yuran Sukan dan Riadah (setahun) RM 20.00

6- Yuran Peperiksaan (setahun) RM 30.00

7- Skim Takaful (setahun) RM 1.50

8- Yuran Tahunan MASSAK RM 2.00

9- Yuran Celik Komputer (setahun) RM 17.00

JUMLAH RM 465.50

(B) YURAN ASRAMA

1- Derma Pembangunan dan Penyelanggaran (Asrama) RM 70.00

2- Yuran Bulanan Asrama ( RM20.00 x 12 bulan) RM 240.00

3- Yuran makan (untuk bulan Januari 2008) RM 85.00

4- Kad Rekod Cuti Asrama RM 1.00

5- Yuran Al-Quran Tajwid (setahun) RM 30.00

JUMLAH RM 426.00

Jumlah bayaran sekolah dan asrama (A + B) RM 891.50

NOTA: Yuran makan untuk bulan-bulan lain dibayar kepada Pegawai Kerani, selewat-lewatnya pada 15hb yang berikut.

(C) KEPERLUAN PEMBELAJARAN

1- Buku Foolscap (kulit keras) 300ms (5 buah x RM 4.00)RM 20.00

2- Buku nota sains (10 buah x RM 1.20) RM 12.00

3- Buku garis tunggal 80ms (20 buah x RM 0.60) RM 12.00

4- Buku petak 80ms (5 buah x RM 0.60) RM 3.00

5- Foolscap agama (1 buah x RM 6.50) RM 6.50

6- Ring Fail dan Fail Poket RM 3.00

7- Buku Peraturan Disiplin Sekolah RM 2.00

8- Buku laporan kemajuan RM 2.50

9- Lencana sekolah dan name tag RM 5.00

10- Peralatan KHB RM 10.00

JUMLAH RM 76.00

(D) KEPERLUAN ASRAMA (Pelajar Perempuan)

1- Uniform Asrama sepasang RM 33.00

2- Cadar dan sarung bantal RM 20.00

JUMLAH RM 53.00

(E) KEPERLUAN ASRAMA (Pelajar Lelaki)

1- Sehelai jubah warna putih (Beli sendiri)

2- Kain batik (untuk buat baju) RM 23.00

3- Cadar dan sarung bantal (sepasang) RM 20.00

JUMLAH RM 43.00

Jumlahbayaran (C + D) RM 129.00

Jumlah bayaran (C + E) RM 119.00

Bayaran Yuran Persekolahan boleh dibuat seperti berikut:

Untuk pelajar yang tinggal di asrama:

Pakej 1

i- Bayar awal RM 411.50

ii- Baki bayaran RM 40.00 sebulan x 12 bulan dibayar awal bulan.

Pakej 2

i- Bayar awal RM 171.50

ii- Baki bayaran RM 60.00 sebulan x 12 bulan dibayar awal bulan.

Untuk pelajar yang berulang:

Pakej 1

iii- Bayar awal RM 165.50

iv- Baki bayaran RM 25.00 sebulan x 12 bulan dibayar awal bulan.

Pakej 2

iii- Bayar awal RM 225.50

iv- Baki bayaran RM 20.00 sebulan x 12 bulan dibayar awal bulan.

NAMA STAF /PEKERJA AM SEKOLAH MENENGAH AGAMA TARBIAH DINIYAH, JALAN PEGAWAI, 09000, KULIM,KEDAH.

NAMA GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH AGAMA TARBIAH DINIYAH, JALAN PEGAWAI, 09000, KULIM,KEDAH.

1. SALLEH BIN ABDUL RAHMAN (PENGETUA)

2. KAMARUDDIN BIN ZAKARIA (PK KOKURIKULUM)

3. AHMAD SAYUTI BIN HJ. AYOB (PK HEM)

4. AHMAD TARMIZI BIN ABDUL LATEH

5. BADROL BIN ABDUL RAHMAN

6. MOHD FATHI BIN KHALID

7. AZUDIN BIN ABU BAKAR

8. MOHD AZIZI BIN ABD AZIZ

9. AHMAD NASRUL BIN MAJID

10. SUHAILI BIN YAHAYA

11. MOHD ZULHAKIMI BIN ISMAIL

12. OMAR BIN HAJI ISMAIL

13. AZURA BINTI AHMAD

14. ZAKIAH BINTI HJ TALIB

15. HAZIZAH BINTI YAHAYA

16. DIASMA BINTI MOHD RADZI

17. FAZILAH BINTI AZMI

18. FAZILAH BINTI ABU BAKAR

19. MAZIAH BINTI HASSAN

20. SITI ULFAH BINTI MD TAJUDDIN

21. HAMIDAH BINTI ABD RAOF

22. ZULLIFAH BINTI ZULKIFLI

23. MASITAH BINTI HASSAN

24. ROHAIDA BINTI ABD RAHMAN

25. RODIAH BINTI ZAINAL ABIDIN

26. NOR AINI BINTI PUTEH

27. NOR FITRIAH BINTI HUSSEIN

28. SITI AMINAH BINTI ITAM


1. SARIDAH BT. SAAD (KERANI)

2. MOHD. YUSUFF BIN NASURDIN (WARDEN ASRAMA)

3. AZMI B. HAMID (PEKERJA AM)